Tersebut dalam satu riwayat, pada suatu hari, Tuan Syeikh Imam
Muhammad Abduh berkunjung ke suatu tempat di Perancis. Ketika penduduk
disitu mendapat tahu kehadiran tokoh ilmuwan Islam ini, mereka
mengundang beliau untuk menghadiri satu forum yang disertai oleh
penduduk Islam dan bukan Islam disitu.
Para penduduknya bertanya kepada tokoh ilmuwan Islam ini tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam.
Mereka berkata, “Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia
memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan
bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan
dalam penternakan moden dikembang biak dengan kebersihan yang terjamin
dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi
bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi”.
Berkat keluasan ilmu yang dimiliki oleh Tuan Syeikh Imam Muhammad
Abduh, beliau meminta mereka untuk membawakan dua ekor ayam jantan dan
seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina.
Mereka bertanya, ” Untuk apa ? Beliau menjawab,” Penuhi permintaan saya
dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kamu semua inginkan”.
Tuan Syeikh Imam Muhammad Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor
ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. Kedua ayam jantan itu
berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam
betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari
keduanya nyaris mati.
Kemudian beliau menyuruh mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan
babi betina. Kali ini mereka menyaksikan sesuatu yang berbeza. Dua babi
jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah
saling bantu-membantu untuk melaksanakan hajat seksual masing-masing,
tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari
temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut
kehormatan sang betina.
Tuan Syeikh Imam Muhammad Abduh lalu berkata, “Tuan-tuan..
Saksikanlah bintang yang bernama babi ini, betapa ia tidak mempunyai
maruah harga diri, tiada kejantanan dan bersifat bacul. Daging babi
membunuh ‘ghirah’ (cemburu) orang yang memakannya. Itulah yang terjadi
pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya ‘bersama’
lelaki lain dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan seorang bapa di
antara kalian melihat anak perempuannya ‘bersama’ lelaki asing dan
kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was, kerana daging babi
itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.”
SIAPA TUAN SYEIKH IMAM MUHAMMAD ABDUH?
Muhammad Abduh lahir pada tahun 1266H atau 1849M disebuah tempat
bernama Sibsyir, Kota Mahallah Nasr, Mesir. Beliau belajar Al-Quran di
rumah ayahnya ketika berusia10 tahun dan selesai menghafalnya setelah
dua tahun. Beliau juga menimba ilmu di Universiti Al-Azhar.
Beliau juga merupakan anak murid Syeikh Syaid Jamaluddin Al-Afghani
dan menuntut berbagai macam ilmu seperti ilmu riyadi, filsafat dan ilmu
kalam. Hubungan beliau dan Syeikh Jamaluddin Al-Afghani sangatlah erat.
Banyak buku yang telah dibaca dan dikuasai. Kemudian beliau mulai
menulis dan menerbitkan buku. Beliau banyak menulis dalam ilmu mantiq
dan ilmu kalam.
Beliau lebih dikenali sebagai pembaharu dalam pemikiran keislaman.
Metode yang diambil oleh Imam Muhammad Abduh dalam lapangan ilmu
pengetahuan adalah melalui gabungan antara ilmu agama dan imu duniawi.
Beliau lebih gemar menggabungkan keduanya asalkan ianya tepat dan tetap
melalui jalan yang dianjurkan oleh Islam.
Beliau meninggal dunia pada tanggal 11 Julai 1905 di Alexandria,
dengan mewariskan gedung ilmu yang berharga bagi generasi selanjutnya.
Sumber : http://unpas.ac.id/rijalulfahmillah

Tidak ada komentar:
Posting Komentar